Trout

Trout cokelat

Trout ialah istilah generik nama umum bagi pelbagai spesies ikan air tawar karnivor yang tergolong dalam genus Oncorhynchus, Salmo dan Salvelinus, yang kesemuanya merupakan ahli subfamili Salmoninae dalam famili Salmonidae. Perkataan trout juga digunakan bagi beberapa ikan berbentuk serupa tetapi bukan salmonid, seperti spotted seatrout/trout laut berbintik (Cynoscion nebulosus, yang sebenarnya ialah sejenis ikan gelama).

Trout mempunyai pertalian rapat dengan salmon dan berkongsi kitaran hayat bermigrasi yang serupa. Kebanyakan trout bersifat potamodromous, iaitu menghabiskan seluruh kitaran hidup mereka sepenuhnya di perairan air tawar seperti tasik, sungai dan tanah lembap, serta berhijrah ke hulu untuk bertelur di dasar berbatu kerikil cetek anak-anak sungai di kawasan hulu. Anak trout yang baru menetas, iaitu fry dan juvenil yang dikenali sebagai alevin dan parr, akan kekal di kawasan hulu dan membesar selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke hilir menuju badan air yang lebih besar sebagai individu dewasa yang matang. Terdapat juga beberapa spesies trout yang anadromous, seperti steelhead (suatu subspesies pesisir bagi trout pelangi) dan trout laut (subspesies trout perang yang bermigrasi ke laut), yang boleh menghabiskan sehingga tiga tahun kehidupan dewasanya di laut sebelum kembali ke aliran air tawar untuk bertelur, sama seperti fenomena migrasi salmon. Brook trout dan tiga lagi spesies trout Amerika Utara yang masih hidup (masih wujud), walaupun namanya, sebenarnya ialah char (atau charr), iaitu salmonid yang juga berkerabat rapat dengan trout dan salmon.

Trout diklasifikasikan sebagai ikan berlemak[1] dan telah lama menjadi ikan makanan yang penting bagi manusia. Sebagai pemangsa peringkat pertengahan, trout memburu pelbagai haiwan akuatik yang lebih kecil termasuk krustasea, serangga, cacing, ikan umpan dan berudu, dan pada masa yang sama turut menjadi mangsa utama bagi banyak haiwan lain, termasuk beruang perang, memerang, rakun, burung pemangsa (contohnya helang laut, osprey, burung hantu ikan), burung camar, burung kormoran dan pekaka, serta pemangsa akuatik besar yang lain. Sisa trout yang ditinggalkan juga menjadi sumber nutrien bagi haiwan pengais, detritivor dan flora riparian, menjadikan trout sebagai spesies kunci dalam ekosistem akuatik dan ekosistem daratan.

Habitat

Ikan trout biasanya ditemukan pada suhu (50–60 °F atau 10–16 °C), sungai dan danau yang jelas, meskipun banyak spesies memiliki strain anadromous juga. Trout muda yang disebut sebagai troutlet, atau troutling dalam bahasa inggris. Mereka didistribusikan secara alami di seluruh Amerika Utara, Asia Utara, dan Eropa. Beberapa spesies ikan diperkenalkan ke Australia dan Selandia Baru oleh penggemar memancing amatir pada abad ke-19, secara efektif menggusur dan membahayakan beberapa spesies ikan asli dataran tinggi. Spesies yang diperkenalkan termasuk trout cokelat dari Inggris dan trout pelangi dari California. Trout pelangi adalah galur steelhead, umumnya yang diterima berasal dari anak sungai Sonoma. Trout pelangi di Selandia Baru masih menunjukkan kecenderungan steelhead untuk berjalan sampai sungai di musim dingin untuk bertelur.[2]

Referensi

  1. ^ "What are oily fish?". Food Standards Agency. June 23, 2004. Diarsipkan dari asli tanggal December 4, 2013. Diakses tanggal February 17, 2013.
  2. ^ Peter Landergren, Spawning of anadromous rainbow trout, Oncorhynchus mykiss (Walbaum): a threat to sea trout, Salmo trutta L., populations?[pranala nonaktif permanen], Fisheries Research 40(1), 1999, pp. 55–63.

Pranala luar

Konten ini disalin dari wikipedia, mohon digunakan dengan bijak.

×
Advertisement