Suku Melayu Kedah
| Daerah dengan populasi signifikan | |
|---|---|
| Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Bahagian Utara Perak, Selatan Thailand, Selatan Myanmar & Kabupaten Langkat, Sumatera Utara | |
| Bahasa | |
| Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Burma, Bahasa Indonesia | |
| Agama | |
| Sunni Islam | |
| Kelompok etnik terkait | |
| Suku Melayu |
Suku Melayu Kedah adalah antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[butuh rujukan]. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.
Sejarah
Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[butuh rujukan].
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.
Lembah Kedah
Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.
Nama etnis
Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.
Bahasa
| Bahasa Melayu Kedah بهاس ملايو ﻗﺪﺡ Bahasa Utara | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Dituturkan di | Malaysia, Thailand, Myanmar Indonesia | ||||
| Wilayah | Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara (Malaysia), Satun, Phuket. Hat Yai, Songkhla, Phattalung (Thailand), Tanintharyi (Myanmar), Langkat, Sumatera (Indonesia) | ||||
Penutur | 3.800.000 | ||||
| |||||
| Kode bahasa | |||||
| ISO 639-3 | meo | ||||
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.
| Bahasa Melayu Kedah | Bahasa Melayu Standar |
|---|---|
| Hang | Kamu |
| Cek | Saya |
| Depa | Mereka |
| Hangpa | Kalian |
| Pasepa | Kenapa |
| Pi | Pergi |
| Mai | Datang, Mari |
| Awat, Pasepa | Mengapa |
| La | Sekarang |
| Sat | Sebentar, Sekejap |
| Mengkala | Bila, Apabila |
| Ketegaq | Degil |
| Jom | Ayuh, Mari |
| Kot | Mungkin, Barangkali |
| GeRek | Basikal |
Adat dan budaya
Sebagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:
- Seni Tari - Tarian Mek Mulung, Tarian Inai (Kedah Darul Aman), Tarian Canggung (Perlis Indera Kayangan), Tarian Boria (Pulau Pinang Pulau Mutiara)
- Pakaian - Baju Kurung Kedah[pranala nonaktif permanen]
- Seni Muzik - Ghazal Kedah Diarsipkan 2009-04-13 di Wayback Machine.
- Seni Teater - Wayang Kulit Gedek
- Senibina - Rumah Kedah Diarsipkan 2010-03-22 di Wayback Machine., Rumah Perlis Diarsipkan 2010-09-04 di Wayback Machine., Rumah Pulau Pinang Diarsipkan 2010-08-21 di Wayback Machine.
- Lagenda - Mahsuri
- Seni mempertahankan diri - Silat Cekak Diarsipkan 2010-06-04 di Wayback Machine.
Tokoh-tokoh Melayu Kedah
- Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan yang memerintah Negeri Kedah semenjak 1958.
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Keluarga diraja Kedah
- Tun Dr Mahathir bin Mohamad - Pertana Menteri Malaysia Keempat
- Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia Kelima
- Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Bekas Naib Perdana Menteri Malaysia, Ketua koalisi oposisi terbesar Malaysia - Pakatan Rakyat.
- P. Ramlee - Seniman Malaysia
Sumber
- Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- (Inggris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
- Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.
Konten ini disalin dari wikipedia, mohon digunakan dengan bijak.


