Dalam Hati Ada Taman

Dalam Hati Ada Taman
GenreDrama
Dibuat olehMichael Ang
SutradaraMichael Ang
Lagu tema pembukaEverything I Need, nyanyian oleh Randy Pangalila
Lagu tema penutupSelalu Milikmu, nyanyian oleh Randy Pangalila feat. Marsha Milan Londoh
Negara asal Malaysia
Bahasa asliMalaysia
Jml musim1
Jml episode13
Produksi
Produser eksekutifMichael Ang
ProduserMichael Ang
Lokasi produksiKuala Lumpur, Malaysia dan London, Paris
EditorAdilan Azemi
Johan Bahar
Durasi1 jam per episod
Rilis asli
JaringanAstro Ria
RilisSenin, 29 Oktober 2012 –
Senin, 21 Januari 2013

Dalam Hati Ada Taman adalah sebuah drama di Astro Ria yang bermula pada 29 Oktober 2012 di saluran 104 pada setiap Senin jam 21:30-22:30 Waktu Malaysia. Diperankan oleh Randy Pangalila, Nurul Elfira Loy, Hanez Suraya, Bemby Putuanda, Amy Mastura, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Liza Abdullah dan Faizal Hussein.[1]

Pemain

  1. Randy Pangalila sebagai Randy
  2. Nurul Elfira Loy sebagai Bella
  3. Hanez Suraya sebagai Sofea
  4. Amar Asyraf sebagai Danial
  5. Amy Mastura sebagai Amy
  6. Riezman Khuzaimi sebagai Sam/bapa Daniel
  7. Sharifah Sakinah sebagai Tasha
  8. Didie Alias sebagai Mak Randy
  9. Bemby Putuanda sebagai Bapa Randy
  10. Mak Wan sebagai Mak Amy / Nenek Bella
  11. Liza Abdullah
  12. Faizal Hussein
  13. Sharifah Shahora

Sinopsis

Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella (Nurul Elfira Loy) di kota Paris. Dia sanggup melakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna. Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya.

Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy (Randy Pangalila) yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea (Hanez Suraya).

Bella dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy menyamar sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.

Sinopsis Lain

Drama Dalam Hati Ada Taman (DHAT) mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis remaja, Bella yang matang berbanding usianya kerana perangai ibunya, Amy yang sanggup melakukan apa sahaja untuk wang kecuali menjual tubuh badannya di Kota Paris.

Dalam kesempitan mencari penyelesaian masalah kewangannya, Amy terserempak dengan kawan lamanya, Sam dan anaknya Danial di Kota Paris.

Daripada pertemuan ini, Amy mendapat idea untuk menyatukan Bella dan Danial apabila mengetahui Sam adalah seorang jutawan. Perbuatan Amy amat mengecewakan Bella sehingga Bella sanggup menipu ibunya dengan mengatakan bahawa dia sudah pun bertunang.

Untuk melaksanakan helah ini, Bella meminta pertolongan daripada Randi, rakan sekerjanya yang berasal dari Indonesia walaupun sebenarnya Bella tidak menyukai Randi.

Walau bagaimanapun, Randi rupa-rupanya amat menyukai Bella. Amy memberi Bella masa selama tiga bulan untuk mempertimbangkan pilihan hatinya.

Helah demi helah berlaku di mana Bella akhirnya telah jatuh cinta dengan Danial dan juga Randi. Apakah kesinambungan kisah cinta Bella, Danial dan Randi?

Drama 13 episod terbitan Cube Film Sdn Bhd ini menampilkan barisan artis terkemuka seperti Randy Pangalila, Elfira Loy, Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Amar Asyraf, Hanez Suraya, Sharifah Sakinah dan Didie Alias.

Pranala luar

Referensi

  1. ^ Drama Dalam Hati Ada Taman mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.

id:Dalam Hati Ada Taman

Konten ini disalin dari wikipedia, mohon digunakan dengan bijak.

×
Advertisement